Monday 9 January 2017

KISAH AKU LEMBUT DISEKOLAH

Aku dilahirkan sebagai LEMBUT dan suara aku sebelum baligh macam suara....hhhmmm... entah lah aku tak macam suara budak lelaki yang lain.


Segar dalam otak aku masa umur aku 5 atau 6 tahun, ada seorang kawan kakak aku tanya kepada kawan aku "Budak tu lelaki ke perempuan". So kawan aku tu jawab "Lelakilah". Start dari situ aku tahu yang aku lain dari budak lelaki lain. Tapi kalau nak diikutkan masa kecil, aku tak ada pun main permainan budak - budak perempuan seperti, main mak - mak, kahwin - kahwin dan batu seremban. Aku banyak main kejar - kejar, Police Entry, Konda kondi, permainan lelaki. Tetapi aku memang tak reti main Bola Sepak.



SEKOLAH RENDAH

Bila masuk Darjah 1, aku sudah mula diejek PONDAN, LEMBUT, LEMBIK dan macam - macam lagi lah. Aku selalunya tak mampu untuk melawan balik. Aku aku diam dan pendam. Bayangkan benda ni berlarutan setiap tahun. Terus terang aku cakap benda ni membuatkan aku tertekan dan menjadikan aku seorang pendiam dan membuatkan diri aku sangat rendah diri.


Lebih malang lagi, ada cikgu yang mempersendakan aku, sengaja menyuruh aku bersyair dalam kelas. Segaja nak dengar suara aku yang bukan macam suara seorang budak lelaki. Peristiwa lain yang aku ingat, semasa darjah 5, aku diletakkan semeja dengan budak - budak perempuan. Depan aku budak perempuan, belakang aku budak perempuan dan sama keadaannya dengan kiri dan kanan. Kawan - kawan lelaki sekelas yang lain diletakkan bergilir - gilir lelaki dan perempuan.



Ada satu lagi peristiwa yang aku ingat, semasa darjah 5 juga, Guru Bahasa Melayu secara tiba - tiba hari itu telah menyuruh aku pergi menghantar buku latihan ke kelas sebelah. Aku pun bangun dari tempat duduk pergi ke meja guru didepan, ambil buku kemudian lari terus ke pintu kelas. Guru Bahasa Melayu tu pun marah, JANGAN LARI, JALAN. Aku pun jalan lah samapai ke kelas sebelah dan kembali ke dalam kelas. Kemudian Guru Bahasa Melayu ni, panggil pula seorang budak kelas aku yang lain untuk hantar buku latihan ke kelas lain pula. Budak yang dipanggil ni seorang budak lelaki tetapi bila dia berjalan, dia akan secara automatik  berjalan melenggang. Senang cakap dia berjalan seperti orang perempuan berjalan. tapi seingat aku dia tak lah dikategorikan lembut. So dari peristiwa tu aku paham, apa sebenarnya muslihat Cikgu Bahasa Melayu tu. Dia nak buat perbandingan. Aku tak adalah jalan melenggang, aku jalan seperti budak lelaki lain, cuma suara aku sahaja. Tetapi, suatu ketika masa aku sedang tunggu bas untuk ke sekolah agama diwaktu petang, aku akan mengajuk orang - orang lelaki yang berjalan didepan aku. Aku akan ikut seperti apa yang aku lihat. Mungkin masa tu aku cuba nak betulkan diri, bagi nampak seperti lelaki. Tak nak dah kena ejek. Walaupun aku sebenarnya aku tak jalan melenggang.



 Jikalau disekolah aku diejek, masa dalam perjalan balik ke rumah, aku akan menyoal diri aku, KENAPA AKU NI DILAHIRKAN LEMBUT, KENAPA ORANG PANGGIL AKU PONDAN.

Aku sangat sedih bila kawan - kawan panggil aku PONDAN, dalam diri aku sebenarnya, aku menangis. Seingat aku juga, Pak Cik bas sekolah agama aku pernah tanya aku macam ni "KAU NI LELAKI KE PEREMPUAN".


SEKOLAH MENEGAH

Bila dah Form 1, suara aku pecah. Perubahan suara aku sangat ketara, terus jadi garau. Orang disekeliling aku semua perasan, tapi aku masih lagi tak boleh buang sifat - sifat lembut tu. Walaupun sebenarnya dalam diri aku cuba kawal untuk menjadi keras. Cuma aku satu nikmat yang aku rasa masa tu adalah orang akan memuji ketampanan aku dan mungkin aku ada menarik perhatian kakak - kakak senior untuk cuba mengenali aku. Tapi, aku sedar diri yang aku LEMBUT, Aku juga seperti menarik perhatian sekumpulan pelajar lelaki senior yang lembut, tetapi mereka lebih extreme kerana mereka memang ingin menjadi seorang wanita tulin. Setahu aku, mereka sekarang adalah seorang SHEMALE.


Berbalik kepada cerita sekolah menengah, pada usia 13 tahun, aku mula rasa dalam diri menyukai lelaki. Aku akan lihat abang - bang senior yang handsome. Tetapi aku mampu melihat sahaja, kerana pada usia 13 tahun, aku cuba untuk nampak seperti lelaki yang tidak lembut. Oleh kerana pada ketika itu aku ada rupa. jadi aku ingin jadi seorang lelaki yang keras.



Dalam masa aku ingin menjadi lelaki yang gagah ketika sekolah menengah, ada juga yang mengejek aku pondan dan lembut. Satu kata - kata yang aku tak akan lupa "KALAU DAH PONDAN TU, PONDAN JUGA". Setiap hari aku akan berdoa supaya aku tidak dipanggil pondan, bapuk dan mak nyah. Kalau aku diejek disekolah, seperti biasa waktu perjalanan pulang kerumah, aku akan menyoal diri aku, KENAPA AKU NI DILAHIRKAN LEMBUT, KENAPA ORANG PANGGIL AKU PONDAN.



Satu peristiwa yang aku tak akan lupa semasa Tingkatan 4, Suatu hari lepas perhimpunan, bila masuk ke  kelas, satu papan hitam penuh dengan kata - kata yang mengejek aku. Nama aku ditulis besar - besar dan perkataan seperti lembut, pondan dan macam - macam lagi ditulis. Apabila nampak papan hitam penuh dengan kata - kata mengejek aku, aku terus lari keluar kelas dengan keadaan yang sangat sedih, marah, benci dan kecewa. Aku cuma berharap masa tu, ada rakan sekelas padamkan dan bila aku dah masuk nanti papan hitam dah bersih. Aku berjalan sekeliling sekolah. Setelah 5 minit aku kembali ke kelas dan dengan keadaan yang sangat sedih, aku tengok papan hitam masih tidak dibersihkan lagi. Jadi aku sendiri yang bersihkan papan hitam kelas. Pada ketika aku sedang bersihkan papan hitam, aku terdengar ada suara budak perempuan sekelas aku berkata "KESIANNYYEE.. Aku sangat sedih kerana tiada siapa rakan sekelas yang membantu untuk memadamkan ejekan - ejekan tersebut dan paling menyedihkan aku tidak tahu siapa yang tulis di papan hitam kata - kata ejakan itu.



Post seterusnya aku akan bercerita perihal Cinta Monyet Aku di Sekolah Menengah.

No comments:

Post a Comment