Sunday 1 January 2017

SATU NOKTAH BERMULA



Hari Pertama Tahun 2017


Aku secara tiba - tiba rasa ingin menulis. Menulis mengenai hidup aku yang akan mejangkau 30 tahun pada pertengahan tahun ini. Aku tidak berharap pun akan ada pembaca. Mungkin blog ini akan menjadi suatu diari kepada aku.


Serba sedikit mengenai aku, aku seorang LELAKI, masih BUJANG. Dari segi rupa fizikal seorang yang RENDAH, tinggi aku hanya 195 cm, Berat dalam 62 kg. Kalau dari segi rupa, mungkin pada aku, aku boleh kelasifikasikan sebagai seorang yang sedap mata memandang sahaja. Oklah tu, sekurang - kurangnya aku tidak hodoh. Lahir, membesar dan bekerja di Ibu negara Kuala Lumpur.



Dari segi kerjaya, aku telah mempunyai kerja tetap dalam satu bidang yang mungkin bagi orang luar menganggap suatu kerjaya yang popular, stabil dan suatu bidang yang boleh membuatkan poket tebal. Semua tu tanggapan masyarakat akibat drama melayu zaman sekarang. 



Aku seorang yang minat travel. Setiap tahun aku akan travel dua tempat setahun. Penat berkerja kan. 


Jadi tak salah kalau keluarkan sedikit duit melihat negara orang, budaya dan cara kehidupan orang. Pada aku zaman sekarang tidak perlu duit yang banyak pun untuk travel, dengan adanya istilah Backpackers dan syarikat penerbangan yang sentiasa membuat tambang murah. Semua orang boleh travel kemana jua. Apabila travel ni, point of view kita terhadap sesuatu benda akan berbeza sebab dengan travel ni minda kita akan terbuka.


Bercakap mengenai status aku yang masih bujang ni, hhmmm....

Tipu lah kalau aku cakap keluarga aku tak kisah tetapi keluarga sangat kisah.
Soalan Cepu Cemas " BILA NAK KAHWIN" akan ditanya lah setiap hari.
Kalau balik kampung tu memang saudara mara akan bertanya lah. Sampai ada yang cuba nak kenalkan dengan orang itu, orang ini. Hhmmm... 


Bukan lah aku tak nak berkahwin tetapi belum jodoh. Tetapi...

Ada suatu rahsia yang tersimpan dalam diri aku... AKU ADALAH GAY...


Nak kata kan naluri aku mati terhadap perempuan... tidak juga, aku masih lagi tertarik untuk melihat wanita cantik, yang putih, yang sedap mata memandang.

Nak kata aku tidak pernah mencintai insan bernama perempuan.
Hmmmm... aku pernah mempunyai Girlfriend. Tapi ex-Girlfriend tu dah beranak satu dah pun. Dia pun tak tahu yang aku ada naluri suka kan lelaki.


Tetapi... buat masa sekarang aku mempunyai seorang Boyfriend. Sudah lebih 3 tahun kami bersama. Kami juga akan pergi travel bersama, berdua, setahun sekali. Mungkin aku boleh menceritakan kehidupan aku sebagai gay atau People Like Us dalam post seterusnya.

No comments:

Post a Comment